Monday, 12 August 2013

Peluang pekerjaan!!!!!....Hanya dirumah???







Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan.

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas

Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri

Maklumat lanjut sila ke website di bawah:

UNTUK LEBIH PERCAYA,ANDA DISARANKAN UNTUK MELAYARI BLOG PELANGGAN KAMI:

Monday, 5 August 2013

Reunion with our commander's siblings from UITM Lendu,Melaka










Seoul Garden Paradigm Mall menjadi saksi keutuhan kami semua. Buddies tak akan terpisah..Hanya kematian yang akan pisahkan kami. Semoga Tuhan sentiasa berkati hubungan persahabatan kami ini.Seramai 19 orang yang hadir + 3 babies. Total perbelanjaan selama berada di Seoul Garden dari sebelum berbuka hingga pukul 9.30pm ialah RM900++ (with tax). Tapi sangat berbaloi dengan makanan yang sangat sedap dan banyak giler. Yang paling mahal sekali ialah nilai persahabatan kami. Tidak ternilai harganya.

Menjelang Hari Raya Aidilfitri


HARI RAYA AIDILFITRI

Sebelum takbir berkumandang
Sebelum ajal menjemput
Sebelum jaringan over load
Ijinkan aku memohon maaf zahir dan batin
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Salam Aidilfitri
Ketika fajar syawal menjelma..
Sang Pengembara masih di sini…
Bersendiri mencari erti..
Jauh dari tanahair sendiri..
Keluarga yang disayangi..
Sahabat yang sejati..
Hanya ucapan penganti diri..
Maaf Zahir Dan Batin..

Sinar Aidilfitri menjelma lagi,
Eriah berkumpul di pagi hari,
Tangan menyusun sepuluh jari,
Ambil kesempatan sesame famili..

Awal Syawal rai kemenangan.
Umat Islam saling berkunjung,
Tahmid bertadbir erti ketenangan,
Bagi insane penuh kekurangan,
Selamat Manyambut Hari Lebaran…

Takbir bergema dihening pagi,
Memohon keampunan kehadrat Ilahi,
Kini Syawal menjelma lagi,
Dengan ucapan Salam Aidilfitri

Dari kami sekeluarga : Muhd Kasim,Suliaty Murad,Najmi,Mahirah,Hakimah,Aiman,Sakinah,Dalila,NurHarith Afdlin

S.A.H.A.B.A.T.



Tentang Sahabatku


Sahabatku adalah tetesan embun pagi
yang jatuh membasahi kegersangan hati
hingga mampu menyuburkan seluruh taman sanubari
dalam kesejukan



Sahabatku adalah bintang gemintang malam di angkasa raya
yang menemani kesendirian rembulan yang berduka
hingga mampu menerangi gulita semesta
dalam kebersamaan



Sahabatku adalah pohon rindang dengan seribu dahan
yang memayungi dari terik matahari yang tak tertahankan
hingga mampu memberikan keteduhan
dalam kedamaian



Wahai angin pengembara
kabarkanlah kepadaku tentang dirinya



Sahabatku adalah kumpulan mata air dari telaga suci
yang jernih mengalir tiada henti
hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri
dalam kesegaran



Sahabatku adalah derasnya hujan yang turun
yang menyirami setiap jengkal bumi yang berdebu menahun
hingga mampu membersihkan mahkota bunga dan dedaun
dalam kesucian



Sahabatku adalah untaian intan permata
yang berkilau indah sebagai anugerah tiada tara
hingga mampu menebar pesona jiwa
dalam keindahan



Wahai burung duta suara
ceritakanlah kepadaku tentang kehadirannya

- nasha,shasha,ayu,ida